Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Salah satu cabaran paling besar bagi orang yang mahu bernikah kerana agama, atau bercinta selepas berkahwin ini, adalah dugaan dan cabaran di awal-awal pernikahan. Mereka akan berhadapan dengan beberapa keadaan rumit dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi kebiasaannya, pasangan seperti ini dapat mendepani cabaran tersebut dengan penuh kesabaran dan ketabahan, m
eskipun masing-masing belum merasa cinta antara satu sama lain. Tetapi mereka membina rasa itu dengan penuh taqwa. Mereka kembali kepada matlamat dan tujuan mereka berkahwin kerana Allah, demi agama, dan bukannya untuk memuja manusia." myilham.com
Alhamdulillah..
Hidup ini rasa dituntun oleh Allah..
Dengan pengalaman hidup dan keinginan untuk sentiasa menjadi lebih baik..
Syukur Allah kurniakan aku jalan ini..
Memanglah dahulu aku naif dan jahil.. tapi.. aku ingin berubah.. =.='
Aku akui, sukar..
Dalam membentuk garis-garis diri, yang mana tidak harus dilepasi..
Sedangkan insan sekeliling tidak banyak membantu..
Rakan-rakan jua punyai kisah tersendiri, yang membuatkan diri mencemburui..
Terkadang banyak sungguh kisah diri yang ingin dikongsi, tapi aku diamkan..
Takut dengan mewawarkan kondisi diri, aku akan diuji dengannya..
Hakikatnya, ini ujian..
Ujian menerima seseorang yang 'bukan siapa-siapa' buat diri ini..
Cuba untuk memahami, dalam masa yang sama menginginkan diri ini difahami..
Bukan mudah..
Aku perlu mengikut caranya..
Mengenali itu sukar kan.. =.='
Aku membayangkan..
Dengan ketidak fahaman aku dengan keadannya, situasi dia, feel-nya, perangai dan tingkah lakunya..
Aku perlu harus belajar semula menerima dia apa adanya..
Mencari-cari kelebihan yang disembunyikannya..
Menyembunyikan kekurangan yang dipamerkannya..
Cuba untuk menjadi lebih mengerti, lebih memahami..
Cuba untuk menyukai..
Sedang dengan sahabat baik sendiri yang aku kenali bertahun-tahun pun ada saatnya aku berkecil hati..
Inikan pula seseorang yang langsung tidak dikenali lantas harus menimbangtara ideanya untuk dibuat keputusan bagi diri..
Sedang sahabat baik pun tidak mengerti saat aku berdiam diri dan memencil..
Inikan dia yang mempunyai 1001 masalah lain yang ingin diambil peduli selain memikirkan tentang aku dan masalahku..
Sedang sahabat baik yang selama ini memang baik, setia dan sentiasa di sisi pun sentiasa dicemburui..
Inikan dia yang jauh dari diri, perlu sentiasa bersangka baik dengannya..
Sedang sahabat baik yang sebulu denganku jua tidak berapa mengenali kesukaan dan kegemaranku..
Inikan pula seseorang yang cukup berbeza kegemaran dan segalanya dengan diri ini..
Itulah dia nanti, seseorang yang bakal aku gelar suami..
Yang bakal aku sukai, sayangi, cintai..
Menyerahkan seluruh keputusan hidupku di tangannya..
Kehormatan dan harga diriku pada dia..
Sukar, ya.. terkadang kelihatan amat mustahil sekali..
Tapi aku yakin dengan Allah..
Mungkin saat perkenalan itu sukar..
Biarlah sukar sedikit dan rumit dalam cuba untuk memenuhi apa yang aku rasakan sebagai kehendaknya..
Namun aku gembira saat melakukannya, kerana dengan itu aku merasakan bahawa aku dan dia semakin saling memahami..
Aku yakin dengan Allah..
Allah yang menetapkan bahawa dia adalah yang terbaik buat diri ini..
Bukan yang lain yang daku lihat hebat dan disanjung dulu.. kerana insan itu terbaik buat insan lain..
Aku terbaik buat dia, dan dia terbaik buat diri ini..
Kelebihan dan kekuranganku, ujian buat dia..
Dan kelebihan serta kekurangannya, ujian buat diri ini..
Aku yakin dengan Allah..
Walaupun mungkin rasa itu hadir lewat dari yang aku harapkan..
Tapi rasa yang disemai dengan keredhaan Allah itu yang akan berbunga indah dan mekarnya sehingga ke syurga..
Dan aku yakin dengan Allah..
Biar nanti aku mampu atau tidak dalam mencintainya..
Atau mungkin aku sayang kepadanya melebihi sayangku pada diri sendiri..
Aku ingin tegaskan kepada diri, dia masih seorang manusia..
Dan cinta serta seluruh hidupku, hanyalah untuk Allah semata..
Agar berpisah tidak gelisah, bertemu tidak jemu, benci tidak memusnahkan, sayang tidak melalaikan..
Biar berkali-kali aku tegaskan pada diri tentang hal ini..
Berkali-kali muhasabah diri tentang perkara ini..
Dan ya, aku ingin meneruskan hubungan ini dengan syariat..
Permulaan yang baik adalah petanda kepada pengakhiran yang baik, yang husnul khatimah..
Aku memohon ampun dari Allah atas segala kekhilafanku..
Aku memohon rahmatNya keatas hambaNya yang soleh..
Aku mengharapkan petunjuk, hidayah ke jalan yang benar..
Aku menginginkan agar diri ini menjadi lebih baik, lebih solehah dan musleh lagi..
Aku inginkan jannah itu.. tika ini, esok dan selamanya..
ps : diri, pertarungan ini baru bermula, sudahkah dikau bersedia dengan senjata dan kelengkapanmu? (",)

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment