Perkongsian dengan si cazen.. =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Suatu malam, cazenku mesej..
"along, emm, nak tnya, mcm mana along boleh ambil keputusan yang besar mcm ni? alg x rasa ragu-ragu ke?"
Aku jawab dengan ringkas pada dia..
Dan cazen, ini jawapanku yang agak panjang.. =)

1. saya memang ingin berumah tangga..
serius.. setiap hari sy dipertontonkan dengan drama-drama cintan-cintun dari rakan-rakan.. saya dapat merasakan bahawa cinta tu manis, cuma, kelihatan amat pincang kerana cinta yang mereka bina itu adalah dasar kasih sayang antara 2 hati yang tidak disandarkan pada Ilahi.. kalau nak bercinta, kawen-lah dahulu kan? jadi, sy nak bercinta.. so, sy nak kawen.. saya rasa sifirnya mudah untuk dilihat.. dan sy pun tak boleh juga nak menjadi seperti mereka, bercinta dahulu, sebab lepas tu saya akan rasa bersalah dengan Allah, sebab saya tahu perkara tu salah.. sifir yang mudah, yet terkadang susah untuk kita buat.. (",)

2. keperluan emosi dan fisiologi..
kalau waktu kita kanak-kanak, ibu bapa pelengkap keperluan emosi kita.. sewaktu kita remaja, kawan-kawan sebaya pelengkap emosi kita.. mereka mendengar celoteh dan bicara, kita bergelak ketawa dengan mereka, menangis tika sedih, kita berkongsi pelbagai emosi dengan kita.. tapi untuk sy yang dah nak habis belajar ni, hmm, kawan-kawan pun semua dah survive hidup sendiri, masing-masing semakin menjauh.. jadi, semoga ada seseorang yang dapat memenuhi keperluan emosi saya.. kita pun tak boleh berkongsi segalanya pada rakan-rakan yang sama, kan? kerana kita tahu satu hari nanti, dia akan berumah-tangga, dan jika kita tak meneruskan kehidupan kita, bimbang nanti kekosongan 'manusia' itu memakan diri.. huhuh.. oh, bab keperluan fisiologi tu pergi carik baca dlm buku.. =p

3. mengelakkan 'apa-apa' yang bertentangan dengan fitrah manusia..
fitrah manusia suka kepada insan yang sayang padanya, nak berumah tangga, dan sebagainya.. selama ini kita tahan rasa itu sebab kita nak ikut cara yang betul.. tapi kadang-kadang adat melayu ini pelik sikit.. fitrah manusia, terutamanya perempuan, bila dia dah baligh, dia akan memikirkan soal berumah-tangga.. tipu sangat kalau seorang perempuan berumur 18-20 tahun tak pernah fikir nak berumah-tangga.. adat kita sekarang ini, menjadikan seorang perempuan itu tak boleh nak menikah selagi tak bekerja, which is tekanan sebenarnya untuk golongan wanita.. dan kita diajar untuk menjadi amattt matang dulu sebelum menikah, eh,eh, siapa yang kata mcm tu?
kerana itu jika dilihat perempuan-perempuan baik, dari zaman dulu sehingga sekarang, mereka menikah awal, kerana memenuhi fitrah mereka.. oh, dan ini khusus buat perempuan sahaja.. lebih awal mereka menikah, lebih baik, ada orang nak jaga.. =)
(kalau lelaki, emm, sy tak pasti, mungkin lebih baik mereka mengembara mencari diri dulu, then jika dah ketemu peribadi yang dicari, baru cari pelengkap hati..)

4. kerana ketetapan Allah sebegitu..
Sebenarnya, seberapa banyak pun alasan-alasan yang saya bagi.. inilah alasan utama, kerana Allah berkehendak sebegitu.. =) ya, itulah alasan utama..
Apa-apa pun yang berlaku ke atas kita, adalah kerana Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita.. lambat ataupun cepat, semua qada' dan qadar dari Allah.. jika kamu rasa dah sampai masanya, insyaAllah ada yang akan datang menjengah hati.. dan jika bukan masanya, biar berapa ramai pun yang mengetuk pintu hati kamu, tidak akan berjaya juga usaha mereka..
Tak dinafikan memang sebelum ini ada juga beberapa orang jejaka yang datang mengetuk pintu hati, tetapi malangnya, bukan mereka yang Allah janjikan buat diri ini.. tak mengapalah..
Setiap yang Allah bagi tu, banyak sangat kebaikan untuk kita jika kita sedari dan kaji.. mungkin dia orangnya yang Allah tetapkan untuk membantu saya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari..

Terjawab tidak soalan yang dikemukakan itu? along harap membantu-lah jawapan ini.. oh, dan ini juga buat sesiapa yang masih tertanya-tanya, kenapa sekarang Anis? bukankah kamu masih muda.. huhu.. kalau nak diikutkan, tidak-lah muda sangat 22 tahun itu.. =p  dan kamu pun bukan matang sangat, mcm mana nak menjaga suami nanti? huhu.. tak semestinya kena matang pun kalau nak kawen.. btw, dia yang menjaga saya, bukan saya yang jaga dia, saya bukan mak dia.. =p haha, insyaAllah matang-lah saya nanti.. doakan bersama ya. =)

ps:
Q: What do you want to be when you grow up? 
A: I want to be a wife and a mother. An awesome one. (^_^'')

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU