Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
5 tahun setengah berada di bumi Kuala Lumpur ini..
Banyak sungguh rasanya pengajaran yang dikutip..
Dari insan yang ku kenali serta yang tidak ku kenali..
Mengingati semula saat menunggu bas U45 di hadapan maktab..
Saat bermain bola tampar di padang yang telah diambil HUKM..
Saat berjalan kaki ke Tesco dengan Yohana..
Saat meroyan berjoging di tasek Permaisuri dengan Bells..
Saat menaiki KTM ke Shah Alam..
Saat menemani K.Zura ke perhentian bas Putra..
Aish, banyak sungguh rasanya kenangan di setiap ceruk Kuala Lumpur ini..
=)
Lagi 2 minggu mungkin cuma aku berada di sini..
Teringin juga nak berjalan dengan rakan-rakan malangnya kewangan tidak membenarkan..
Ahahaha, siapa suruh boros sangat.. =p lols
Emm, takpelah, nak menghayati detik-detik terakhir ini di dalam maktab..
Nak turun ke surau Asy-Syakirin setiap maghrib..
Nak berjoging ke tasek Permaisuri, kalau boleh setiap petang..
Nak tersenyum pada semua orang di maktab ini..
Biar semua orang tahu, kak Anis takde la garang sangat.. =D
Nak melayan kerenah dan perangai serta pemintaan pertolongan dari sesiapa sahaja di sini..
Oh, lagi 2 minggu sahaja..
Sedihnya.. =.='
Tak tahulah bagaimana perasaannya nanti bila sudah tamat..
Aish, taknak fikir yang sedih-sedih..
Nak tengok semula gambar-gambar lama, dan tersenyum serta tertawa mengenai gambar tersebut..
Sekejapnya masa berlalu..
Ya Allah..
Semoga masaku di bumi bertuah ini..
Punyai keberkatan di sisiMu..
Yang menjadikanku lebih matang, berdikari, lebih baik, dan lebih solehah dari semalamku..
Ya Allah, berkati usia dan umurku..
ps: oh ya, dalam 2 minggu lagi ade ape ye? =p ok2, tanak fikir, nak exam dulu.. =)
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment