Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
**Denga citer MU kalah.. wahaha~ guling2 gelak.. =D
Si owen tembam..
Berminggu-minggu mengorat kuceng lain.. lari dari rumah.. huh!
Balik-balik dah kuwus dan terencot-encot..
Alala cayang.. =)
Tadi saya tanya owen..
"Owen, sudikah dikau menjadi suami sy..?"
Owen menganggukkan kepala yang dipegang oleh tangan saya..
Yeayyyy!!
Ok, Owen tembam, cepat2 tukar jadi orang!
=)
Owen.. =)
lAbEllinG LaLaLa , Little SomeThing , MotivatE , S.H.E.. nEw lIfE
Seriously =.='
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Baru lepas balik dari makan-makan dgn rakan-rakan..
Seriously.. diam sepanjang 'proses' tersebut berlaku..
Seriously, manusia tu makhluk yang kurang bersyukur kan?
Dan kurang bersabar..
(both applied to me too, of course I am)
Kurang bersyukur..
At is kita selalu berbicara mengenai masa-masa dahulu yang kelihatan amat indah & manis..
Troll please!
Why not bersyukur dgn apa adanya kita sekarang, move on life..
Even if we talked a lottt of past, it will never happen again, enough said, sadly, it's true..
Kurang bersyukur..
Kita selalu mengharapkan agar keadaan kita seperti kawan kita..
Why not pandang bumi, lihat langit, and be thankful of what we have..
Really..?!
Oh myself, please be grateful.. =.='
Kurangnya bersabar..
And I am! rite now..
=.='
p/s: somehow I just want to sit at a couch, and first man that pass beside me, i would ask : will u marry me, please! =.=' yes, i dunno why, but i want to get married.. errrkk.. oh myself..
lAbEllinG annoying.. , Berjalan di bumi Allah , Eh? , Grrrrr.. , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
positive + dreams~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Now that everyone in the campus know that I am 'the pengapit"..
Blush =.='
Haha, seriously, my number coming up very fast.. InsyaAllah..
Don't call a person who want to get married 'gatal'..
Call u're self who are coupling for no reason 'gatal'..
Seems fair enough.. =)
Jadi muhasabah.. =.='
Emm, kalau saya, bgaimana sy ingin majlis resepsi sy?
Kan bagus kalau.....
~ sy pakai purdah! woha.. x yah mekap2.. mekap untuk suami jerk..
~ pengantin pakai awesome, tp x perlu berlebih-lebihan.. just to show that this is their day..
~ nasheed + shalawat all the wayy~ x de lagu hampeh2..
~ x kisah siapa pun dtg ke majlis.. dan lebih bagus jika dijemput fakir2 miskin (ade ke lg time ni?) dan 1 kampung makan free.. act, x payah sertakan sampul berisi duit.. memang niat kami untuk bg hangpa makan, kan? =)
~ haha, yg paling best, nak hantaran 5 bbalas 3 je boleh x? simple mimple deyh~ lalalala
~ x yah pelamin2 berbagai, membazior jer.. just makan beradab dah la.. pastu pengantin layan tetamu2 yg hadir untuk mendoakan mereka, kan?
~ hantaran x penting, yg penting duit mahar kan? =)
~ bertunang? errr, entah x kisah.. tnya ummi & abah..
Kalau semua wanita atas Malaysia buat mcm ni, mesti diorang dapat kahwen awal2 kan? =)
Melihat muka hadapan majalan pengantin yang dihiasi dgn pelamin indah berbagai.. senyum kearahnya dan ucapkan.. "insyaAllah, kita berjumpa di syurga nanti ya.." =)
Yeayyy! nak pelamin indah2 kat syurga nanti.. kat dunia ni, sempoi2 dahla, x yah mbazir.. agama itu adatku..
lAbEllinG LaLaLa , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Everytime~ =.='
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Hurmm....
Kdg2 tension dgn rumate..
Sbb bila dia baca mesej, dia gelak..
=.=' tak adil! sobs~
Kdg2 tension dgn kawan baik..
Bercerita nak balik rumah suami..
Erkkk.. suami?
Untunglahhhh!!! =.='
Forever alone..
Hah! kira hapa..
Bukak laptop..
Bukak 9gag..
Pastu gelak sensorang..
Haha!~~
Lepas tu tgk avangers..
Seriously, hilarious..
=D
Problem?~ =)
Mengalah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Dari terus berjuang bermati-matian, mengenepikan perihal semua orang untuk menang..
Aku pilih untuk kalah, mengalah..
Terbiasa dengan kekalahan, dikalahkan, ia bukan lagi satu masalah bagiku..
Terkadang ia bagaikan penyudah masalah, biarlah mengalah..
Letih untuk terus berusaha, biarlah pasrah, berserah..
Apapun ketentuan akan aku terima..
Kedengaran bagai tiada harapan, namun ialah satu-satunya harapanku..
Biarlah untuk aku terus kalah, mengalah, agar harapan itu tetap terus ada..
Letih untuk merebut sesuatu yang bukan hak..
Biarlah ia pergi, kendatipun, ia takkan pernah menjadi hak sesiapa..
Terbiasa dengan kalah, ya, biarlah..
Terus tersenyum itu lebih baik dan indah..
Kan?
Tidak aku punyai apa2..
Cuma aku yakin, Allah itu ada..
Cukuplah mengalah di dunia, dunia yang sekejap ini..
Menanglah kalian, kemenangan itu manis untuk diraikan..
Tidak mengapa, aku pun sudah tidak reti bagaimana untuk bergembira dan tertawa..
Cuma mampu tersenyum, ya, teruskan tersenyum..
lAbEllinG annoying.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Kenapa awak x couple?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
" Saat Adam bersendirian di dalam syurga, dia merasakan suatu kekosongan. Walaupun syurga itu indah dan tidak dapat dibayangkan dengan fikiran, akal dan mata. Adam terlihat sepasang burung terbang keriangan dan duduk bertenggek di suatu pohon di dalam syurga. Sedangkan burung ingin berteman, inikan pula insan yang diciptakan berperasaan. Setelah letih mengamati keindahan syurga, lantas Adam tertidur dipangkal sebuah pohon. Allah mengambil rusuk Adam bahagian kiri yang paling bengkok, lalu terciptalah Hawa. Maskahwin Hawa adalah sebaik-baik mahar iaitu selawat ke atas Rasulullah s.a.w."
1. Kenapa awak x couple?
a)..... tiada couple dalam Islam, saya berusaha menjadi hamba-Nya yang taat ....
b).... tiada yang menyukai saya, jadi saya biarkan, tidak bercouple lebih mudah, lebih islamik ....
2. Seandainya awak menyukai seseorang, dan ternyata si dia juga menyukai awak, apa yang akan kalian lakukan?
a).... kami akan berhubungan seperti rakan biasa, tidak berlebihan, dan merancang ke arah masa depan kami, seperti kata orang, couple islamik, tapi kami tidak bercouple ....
b).... saya akan berusaha mencari jalan yang terbaik, iaitu pernikahan, atau pertunangan untuk mengenalinya lebih lanjut, tiada jalan lain yang saya fikirkan ....
3. Keluarga awak setuju dengan pemilihan awak, namun mereka tidak setuju supaya kalian bertunang atau bernikah dalam masa terdekat, kalian masih dalam pengajian. apa yang akan kalian lakukan?
a).... saya akan cuba berbincang baik-baik dengan keluarga untuk sekurangnya bertunang. jika masih tidak dibenarkan, saya akan melepaskan dia pergi. InsyaAllah jika ada jodoh kami akan bersabar dan bertemu lagi. jika tidak, dia bebas memilih sesiapa untuk menjadi pilihannya. jika dia bersabar, saya akan tetap menunggu dia .....
b)..... kami akan berjanji setia dan tetap berhubung untuk memastikan agar kami tetap setia antara satu sama lain, namun dalam konteks yang sederhana. mungkin seminggu sekali, atau pada waktu-waktu tertentu sahaja ....
Yang benar itu jelas dan yang batil itu juga jelas..
Namun terkadang, kita lebih suka mengambil keputusan tengah, yakni keputusan yang bercampur aduk antara yang benar dan yang batil..
Sedangkan keputusan sebegitu (syubhah) lebih mengarah kepada kebatilan..
Sedangkan bertunang merupakan cara terbaik untuk kita mengenali bakal isteri/suami dengan seadanya..
Seadanya, tidak berlebihan sehingga membawa kepada zina hati..
Pesan buat diri sendiri..
Aku pasti terjatuh andai diuji dengan ujian sebegitu..
Syukur.. Allah mengetahui batas kemampuan hamba-hambaNya..
=')
Sekali diuji, cukup untuk kita mengetahui batas kemampuan kita..
Cukup menjadi pedoman agar kita tidak mengulangi perkara yang sama..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah , Umarku
Sandaran cinta..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Sandaran cinta kepada Tuhan Yang Esa..
Tenang di rimbun kasih Nya..
Mengubat lara..
Tak ketemu kecewa..
Hanyalah bahagia.."
Aku merenung potretku di hujung meja..
Potret yang dirakamkan saat aku masih lagi bertatih dalam dunia perguruan..
Masih berisi, mata yang masih bersinar, sepertinya masih cantik..
Kerana sekarang tidak seperti dahulu..
Semakin kurus, mata yang tidak lagi bersinar, dan pastinya tidak berseri..
Semakin banyak yang diketahui, ternyata semakin membeban diri..
Melihat dunia yang rapuh, aku seakan sedar, di dunia hanya sementara..
Bukan sekadar 'simptom pasca taubat..'
Ianya lebih dari itu..
Mungkin masalahku cuma yang satu itu..
Semakin diatasi, semakin kuat ia mencengkam diri..
Terkadang terdetik juga dalam hati, 'apekejadahnya!'..
Geram, ya, dengan diri sendiri..
Tapi siapa aku untuk menafikan apa yang telah terjadi..
Terkadang insan yang punyai segalanya..
Punyai cinta.. punyai rupa.. punyai harta..
Masih terasa kosong di sudut hati..
Apatah lagi insan yang tidak punyai apa-apa..
Pastinya seakan dihimpit rasa..
Cuma yang mampu, bangun mengisi masa di hujung malam..
Meminta agar dipermudahkan..
Meminta agar sandaran cinta hanya kepada Allah..
Kerana tanpa Dia, alangkah kosongnya..
Sandaran cinta.. hanyalah kepada Allah..
Kerana kita semua cuma insan..
Yang nyata, tidak punyai apa-apa..
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Untunglah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Untunglah..
Perkataan sinis yang sering diucapkan oleh angah..
Dan sekarang sering meniti di bibirku..
Bukan apa, seronok juga mengusik rakan-rakan..
Namun bukan bermaksud ingin meminta simpati..
Sedang sibuk rakan-rakan membicarakan soal jodoh, pertunangan..
Zaujah-zaujah di dalam kereta bertukar-tukar diusik oleh yang lain..
Dari yang muda sehinggalah kepada yang tua..
Aku yang dari tadi turut tersenyum dan ketawa dengan telatah rakan-rakan..
Melihat ke luar tingkap kereta..
Terus perkataan.. "untunglah.." terkeluar dari mulut..
Sejurusnya selepas itu, semua rakan yang tadinya sibuk mengusik, terus terdiam..
Ain menyentuh bahuku dari seat belakang..
Aku tersenyum lagi sendirian..
Bukan meminta simpati, tidak, bukan begitu sahabat..
Benarlah kataku.. untunglah..
Untung kalian..
Untung juga diriku yang mempunyai sahabat seperti kalian..
Bergembira dalam bahagianya kalian..
Kerana tanpa kalian, dengan siapa akanku tersenyum dan tertawa..
Untunglah..
Dalam setiap kesulitan, di hujungnya ada kegembiraan..
Untunglah..
Dalam setiap ujian, bertimbun pahala dihadiahkan..
Untunglah..
Untunglah kalian menjadi umat terakhir..
Untunglah kalian menjadi hamba yang mengenal Pencipta..
Untunglah..
=')
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Inna maal usri yusra..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Fainna maal usri yusra..
inna maal usri yusra.."
... demi sesungguhnya kesusahan itu disusuli dengan kesenangan..
... sesungguhnya kesusahan itu disusuli dengan kesenangan..
-Alam nashrah : 5 & 6-
Terkadang ujian itu cuma rasa yang menghimpit diri..
Yang tidak difahami oleh yang lain..
Jadi berdiam diri adalah penyelesaian..
Menitiskan air mata setiap kali mata ingin terlelap..
Sungguh, aku wanita yang berkalung dosa..
Senyum, namun dalam hakikatnya, tidak pernah gembira..
Menitiskan air mata setiap kali berdoa..
Apalah lagi senjataku untuk menghapus rasa ini selain doa..
Cuma Allah masih ingin menguji..
Dia sayangkanku, ya sungguh.. Allah sayangkanku!
Kepala berdenyut-denyut..
Mungkin kesan dari terlalu banyak menangis..
2 biji mefenamic acid ditelan bersama air mineral..
"la yu sadda'u na anha wala yunzifun.."
Terpaksa menelan juga walaupun perut masih kosong..
Dan kesan ubat pasti menyucuk-nyucuk perutku sebentar lagi..
Bukan tidak mahu menunggu sehingga makan..
Cuma ditakutkan migrain yang datang akan mengganggu perjalanan harian..
Sudahnya, menyusahkan diri dan rakan..
Mendapat sedikit kesembuhan setelah beberapa minit berlalu..
Alhamdulillah, ikhtiar..
Ubat itu hukumnya harus pada insan biasa sepertiku, dan ia ikhtiar-ku..
Dan bukan tidak ku cari ikhtiar buat hati..
Sudah puas perbagai usaha dilakukan..
Namun, andai Allah mentaqdirkan ia adalah ujian..
Ambillah seberapa banyak ubat dan ikhtiar pun, ia takkan hilang..
Dan andai aku bersabar, pahala itu tidak bertepi kurniaanNya..
Membuka tafsir, mencari pedoman..
Subahanallah..
"Fainna maal usri yusra.. inna maal usri yusra.."
Mata terpaku pada ayat tersebut..
Ya, hati.. setelah kesusahan itu akan ada kesenangan..
Mungkin bukan kini, bukan sekarang..
Surah yang banyak sekali pedoman..
Seketika, perutku sudah mulai menyucuk-nyucuk..
Ujian lagi..
Namun ujian ini, boleh aku hadapi tanpa ikhtiar, cuma ujian yang kecil..
Thinkpad ditutup..
Aku mengerekot di atas katil..
Moga ujian-ujian mendatang menambahkan lagi yakinku pada Allah..
Aminn Ya Rabb..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Sahabat Sejati..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ku biarkan kalam berbicara..
Menghurai maksudnya di jiwa.
Agar mudah ku mengerti segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..
Ku biarkan pena menulis..
Mengeluarkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Keresahan di jiwa..
Tak pernah ku ingini..
Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu..
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca..
Oh teman maafkanlah diriku..
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan..
Untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika ku melukaimu..
Moga ikitan ukhuwah yang dibina..
Keakhirnya...
Aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa..
Kau pergi meninggalkan diriku..
Redhalah apa terjadi..
Usahlah dikau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..
lAbEllinG my ThinkIn , song of my heart , songs

