Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..
Selesai sudah ikatan perjanjian antara dua keluarga..
Aduhai, sekarang ini sudah punyai satu 'hubungan' yang perlu dijaga dengan cermat..
Ibarat sekeping kaca, andai terhempas, tidak dapat disempurnakan semula..
Bab-bab menjaga ni susah sebenarnya..
Tapi manis, insyaAllah..
Terima kasih buat saudara mara yang hadir ke majlis pertunangan saya..
Kehadiran kalianlah yang menyerikan dan menambah lagi kegembiraan majlis tersebut..
Seronok dengan kehadiran kalian.. Terima kasih..
Terutama buat ummi dan abah, yang bertungkus lumus..
Ummi dengan persiapan dan masakannya..
Abah, sempat lagi mesin rumput pagi tersebut.. =)
Maklang yang mengseponser kek hantaran.. TQ maklang!
Makcu, makteh, makwe, dan semua lah yang datang menolong.. =)
Emm.. upload gambar dalam facebook..
Kesian pula pada hajat rakan-rakan yang tidak hadir untuk melihat gambar saya..
Mendapat suatu nasihat dari bos.. aduhai..
"selamat mengharungi alam pertunangan...bnyakkan bersabar dan belajar menghormati keputusan yg dibuat...=)insyaAllah..xdok aral, semoga dipermudahkan ke alam perkhawinan..."Erk.. aduhai.. yelah..
Tak boleh keras kepala dah lepas ni..
Tak boleh degil dah..
Tak boleh meroyan dah..
Tak boleh kekanak-kanakan dah..
Perlu jadi lebih matang.. dan lebih menghormati setiap orang..
InsyaAllah..
Bakal mak mertua, sia dia, dan family-nya..
Terima kasih atas 2 bentuk cincin tanda perjanjian ini..
Cantik.. =)
Hantaran yang diberikan..
Usaha dan segalanya.. sehingga ke peringkat ini..
Semoga dipanjangkan keberkatan ke atas usaha dan perjalanan yang bakal kita tempuhi..
InsyaAllah..
Maaf seandainya ada kekurangan di sana sini..
Ada yang terkurang dan melebih-lebih..
Ada yang tersalah bicara dan tersilap faham..
Maaf seandainya masih tidak sempurna..
Alhamdulillah..
Semoga Allah permudahkan dan memberkati urusan-urusan selepas ini..
Oh~ sibuk mencari kerja pulak lah lepas ni.. =)


0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment