Kebahagiaan itulah kesyukuran..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Kesyukuran itu adalah bahagia..
Bersyukur dengan apa-apa yang didapatkan, dan yang tidak didapatkan..
Itulah bahagia sebenar..
Bahkan bahagia itu ada di sepanjang perjalanan..
Bukan di hujung kembara..

Bahagia itu ada pada senyuman untuk mengembirakan yang lain..
Bahagia itu ada pada pertolongan untuk ukhuwah..
Bahagia itu ada pada sedeqah buat yang meminta dan yang tidak meminta-minta..
Bahagia itu ada pada mengasihi dan menyayangi si anak kecil..
Bahagia itu ada pada pelaksanaan sebuah tanggungjawab dan amanah..
Bahagia itu ada pada hati yang mengerti, bukan apa yang berlaku pada kita..

Alhamdulillah..
Bahagia itu sentiasa ada pada hati seorang mukmin..
Yang bersyukur dalam setiap kurniaan, dan juga bersyukur serta bersabar dalam setiap musibah..
Dan dia mampu tersenyum, dengan tidak menyalahkan sesiapa, demi kebahagiaan yang dirasa..
Anugerah dari Tuhannya..
Subahanallah!
Amat beruntung sekali seorang mukmin itu.. =)

Layaknya, kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah..
Dengan kurniaan nikmat, juga setiap ujian yang mematangkan diri ini..
Demi sebuah pembelajaran dan pendidikan yang digelar hidup..
Dan aku merasa beruntung diuji dan dikurniakan kefahaman atas setiap yang berlaku..
Tersenyum sendirian, ya, setelah diuji..

Apatah lagi buat kenikmatan yang selama ini tidak pernah dihalang Allah..
Segala kehendak yang dipenuhi.. Dengan doa yang dipanjatkan penuh harap..
Syukur Ya Rabb..
Buat keluarga..
Buat si dia..
Buat sahabat..
Terutamanya buat rasa yang baru muncul ini..
Bersyukur dikurniakan kemudahan dari Allah..
Pertemuan 4 bulan lalu telah diikat dalam sebuah janji..
Si Dia yang ku rasakan sekufu, amat soleh, pemalu, manis..
Terkadang tidak sabar rasa hati ini ingin bercinta..
Dan aku sedar, rasa ini juga ujian, ujian yang sekiranya aku mampu hadapi, akan ku rasakan indah dalam suasana halal nanti..
*blush..
Merenung cincin di jari.. “wahh, saya tunangan seseorang, tunangan dia...” tersenyum sendirian..
Seorang gadis yang dikenali sebagai ‘budak kecik’, sama sekali aku tidak menyangka percaturan Allah itu sangat memudahkan dan indah..

Fabi ayyi ala~ irabbikuma tukazziban?
Ya, tidakkah aku harus bahkan wajib bersyukur dengan semua kurniaanNya ini?
Ya Allah.. jadikan aku insan yang senentiasa bersyukur kepadaMu..
Baik dalam kurniaan mahupun ujian..
Aku ingin menjadi hambaMu yang terus-terusan bersyukur dan bahagia dengan kesyukuran itu..
Ampunkan dosa-dosaku, jernihkan hatiku ini, peliharalah diri ini..
<3 alhamdulillah="alhamdulillah" rabb..="’)<o:p" ya="ya">

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU