Mengharungi semalam..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Mengharungi semalam..
Seperti ada kekosongan yang masih belum terisi..
Dengan dosa semalam yang belum dicuci..
Ibarat sehelai kain yang masih kotor..
Lalu kekotoran itu tetap tidak akan tanggal..
Berbekas, masih berbekas di hati..

Mendepani esok..
Aku masih tidak pasti, dalam kesamaran ku harapkan cahaya..
Lalu segalanya ku sandarkan hanya pada Yang Esa..
Agar segala tindakan ini dituntunnya..
Moga tiada yang melebihi batas yang ditetapkan..
Andai aku melangkah perbatasan itu, pasti tidak akan ku maafi diri sendiri..

Hari ini yang ku jalani..
Cuba menjadi sebaiknya yang mampu..
Masih cuba tersenyum walaupun aku sedar masih bertimbun dosaku..
Masih berusaha bersyukur walaupun hati ini terguris..
Masih sentiasa ingin melakukan kebaikan..
Aku ingin sekali menjadi baik, menjadi lembut dan manis..
Menyemai mahmudah di dalam diri..

Tidak mengapa termenung..
Kerana muhasabah itu penting buat diri..
Cuma jangan terus tenggelam dalam kesedihan..
Buat yang membantu, aku bertuah punyai kalian di sisi..
Buat yang menguji, aku juga berterima kasih atas bertambahnya pengalaman diri..
Seandainya aku mampu mengulangi hidup ini..
Aku tetap terus ingin menjadi anis yang aku kenali..


ps: aish, lama x buat sajak, teringat zaman dulu-dulu.. =)

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU