I'm soorryy mum..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Minggu lepas sewaktu makan tengahari dengan umi..
=)
Umi tanya ; jadi zaujah uwais dah bertunang?
Aku pun start bukak cerita tentang semua zaujah..
Zaujah uwais.. Zaujah thariq.. Zaujah khalid.. Zaujah amru.. Zaujah uthman..
Alhamdulillah, umi kenal dengan baik semua rakan-rakan anaknya ini..
Last soalan umi ; pastu along pulak?
(nilah soalan yg paling aku seriau sekali.. adush..)
err.. nanti-nanti adalah umi.. along kan baru 22.. entah2 jumpa kat sekolah nanti ke.. program ape2 ke..
umi ; waktu muda2 nilah nak kena cari.. nanti dah tua susah..
hmmmm.. ok.. nanti adalah tu..

Sakit bila kena tanya dengan umi soal 'ada dan tiada' ni..
Yelah, aku faham umi pun risau, anak perempuan sulongnya ini masih 'tiada siapa-siapa' dalam hidupnya..

Tadi sewaktu memandu pulang ke Purun..
Umi : Haritu cikbah ada tanya umi along betul-betul takde ke..
Oh aku terdiam seribu bahasa.. mendengar dengan tekun mungkin..
Umi : Cikbah kata budak ni elok dunia elok akhirat, bagus sangatlah orgnya.. umi cakaplah kita ni biasa-biasa saje.. nanti takut tak sekufu.. Cikbah kata dalam banyak hal budak ni sekufu dengan kita.. umi tak tanyalah pulak kerja dia apa..
Oh, cikbah nak carikan pulak untuk saya.. baik dunia, baik akhirat? bagus tu..
Aku : Haha, along ok je, cuma along ni harap dapat yang sekufu-lah, yang lebih berilmu pada along, supaya along dapat hormat dia.. along ni susah sikit nak berkawan dengan budak lelaki, asyik bergaduh je..
Umi : Sama lah dengan umi muda-muda dulu..
Erk..... patotlah trait diwarisi.. =)

Jujurnya aku jealous jugak dgn rakan-rakan yang dah berpunya..
Tapi aku masih tak dapat mencari atau menerima yang cocok & sepadan dengan aku..
Ada lelaki yang minat, malangnya lebih muda.. =.=' oh, maaf.. serius saya agak demand soal usia..
Kerana saya kurang matang, jika bertemu juga dengan kurang matang.. =.=' porak peranda lah nanti..
Ada lelaki yang diminati, namun dia punyai pilihan lain.. emm, bagi aku, ok je.. cinta boleh dipupuk.. aku sekarang lebih suka mencari yang sekufu..
Ada lelaki yang meminati, namun didiamkan, dan aku tak pernah tahu, cuma mendengar berita.. haha, dah takkan aku pulak nak kena tanya.. takkkk lah kan.. =p

Umi, along muda lagi..
InsyaAllah nanti adalah insan yang sekufu dari segi dunia dan akhirat untuk anak umi ini..
Along baru 22.. =p serius x habis enjoy bujang lagi.. (tapi kalau dah ada calon, ok je nak tamatkan bujang tu.. ehehe)
Umi doakanlah.. =)
Along memang tak reti cari sendiri.. err, bagus ke x macam tu eh? oho..
Apa kata umi, kalau tahun 2012 ni, along habiskan dengan tak fikir pasal mencari jodoh ini..
Tahun depan along fikirkan pasal mencari jodoh dan bertunang..
Dan tahun 2014, along berkahwin.. insyaAllah, aminn~
(aha, jauh lagi.. enjoy dulu.. =D trolololo.. dan meroyan jika kawan2 semua dah kawen, aku nak enjoy dgn sape... sob,sob,sob.. =.=' )

Maafkan along umi, jika umi mendukung baby sepupu dan mengatakan itu adalah cucu umi..
Maafkan along umi, jika umi telefon dan mengirimkan salam kepada pakwe along..
=.='
OK, along pun nak jugak kawen, cuma..... nak buat mcm mana jika keadaannya macam ini..
InsyaAllah, paling-paling tidak, along akan serius mencari jodoh tahun depan jika memang betul2 tiada siapa-siapa pada tahun ini..
Along janji eh? =)
Umi pun doakanlah...

*tunggu saidina Umar Al-Khattab betul-betul kat jannah nanti boleh x? subahanallah.. =.=' pemuda tegas itu.... 

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU