Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman,”
…..Surah Al-Imran ayat 139
Teringat akan pesanan Ustaz Hajar..
Kalau kamu berasa putus asa dan letih dalam jalan ini..
Bukalah klip-klip video tentang palestin..
Tears of Gaza contohnya..
InsyaAllah kita takkan merasa letih tetapi lebih bersemangat..
Betul ustaz!
Saya pun pernah mendengar pesanan yang sama dari Ukhti Izma..
Beliau menceritakan apabila lelah, letih dan lemau..
Beliau akan membuka klip2 pendek tentang Palestin..
Dan menyedari bahawa kita terlalu selesa, terlalu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan mereka di Palestin..
Betul, betul, betul..
Kadang-kadang lelah dengan perangai daei-daei ni..
Rasa nak ketok je kepala.. sabor2..
Kadang-kadang penat mengajak dan memberitahu, tapi kawan paling rapat pun tidak dapat dipengaruhi.. sob..sob.. sedih bila mereka muncul dengan alasa-alasan yang menghalalkan perbuatan mereka.. ='(
Dan aku cuma terdiam.. dalam hati mengharap agar suatu hari nanti, mereka akan melakukannya..
Kadang-kadang sayu keterlaluan, letih dengan jalan yang dipilih sendiri..
Dan aku tahu tika itu, masanya untuk recharge..
Cara-cara untuk recharge diri..
1. Tengok movie/cerita tentang palestin/perjuangan
contohnya Tears of Gaza dan Ubah Paradigma Anda
2. Beriadah..
contohnya jogging sambil dengar lagu2 penaik semangat, cycling ke, panjat gunung/bukit,
memanah..
3. Pergi ke majlis Ilmu..
contohnya ke kuliah maghrib, kuliah bulanan, qiamullail perdana..
4. Membaca buku-buku sirah
contohnya buku Umar Al-Khattab (ehem2), buku pahlawan dan wirawati islam..
Anis.. fighting! bbashaa!
p/s : perjuangan yang paling susah adalah perjuangan menentang hawa nafsu sendiri.. ok susah! =.='

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment