Running Caliph..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Semoga Allah membantuku dalam urusan seharianku..
Kerana usahaku untuk membantu insan-insan lain menjalankan kehidupan mereka..
Aktiviti mereka..

Running Caliph..
Aktiviti ala-ala running-man versi Asy-Syakirin..
Bab bina modul, alhamdulillah, dah siap..
Juga bantuan dan dorongan dari beberapa pihak..

Terus terang aku akui..
SEM 8 memang paling tough..
Kena mencipta 2 blog..
Assignment kebanyakannya berbentuk individu..
Action Research of couse! =.='
Program di sekolah yang wajib mengadakan kertas kerja dan laporan lengkap penuh full!
Memikirkan masa depan, yang mana jarang-jarang dilakukan sekarang..
Xtvt bersama Key-Zek..
Bendahari kelas tercinta.. uhuks..
Bla..Bla..Bla..
Senarai ini membuatkan aku tidak cukup tidur..
Pada setiap hari, ya..
Dan esok start dengan moody sbb x cukup tidor..
Allah!! baru diberi tanggungjawab sedikit sudah marah-marah, terus sungguh anis.. sob..sob..

Berkesempatan menghadiri mesyuarat Lajnah Dakwah Dan Tarbiyah Islam (LDPI)..
Terasa teringin sangat ingin menghadiri kerana ada Akma, Syahirah, Ayub dan Hazwan..
Akma yang selalu bizi, of couse, and my dear sister..
Malu pada Syahirah yang sering mengajak ke program, aktiviti dan mesy, namun sering sahaja aku tidak hadir kann! =p (konon2 dah senior-lah)
Ayub, pengerusi Asy Syakirin yg sy hormati & respek..
Dan adik Hazwan yang baik hati & kelakor..
Serius, saya tidaklah menjangkakan sesuatu yang besar pun dari setiap mesyuarat yang dihadiri..
Namun pada mesy kali ini, aktiviti ala-ala running man yang dikemukakan di facebook menjadi pilihan untuk diketengahkan.. dalam KPTI pulak tuh.. woha!
Dan bermula satu episod tak tidur malam.. haha.. ok, kidding, tidur je, cuma episod hidup yang rajin sikit kot..

Agak exited sebenarnya membuat modul-modul ini..
Kerana pada pikiran saya, moduls ini seronok dijalankan dan mempunyai hikmah..
Lalu meminta pendapat dan idea-idea bernas rakan-rakan..
Alhamdulillah banyak yang membantu..

Penerangan terhadap Running Caliph sewaktu mesyuarat sebenarnya agak berterabur..
Dan agaknya mungkin ada yang tidak paham pun apa Running Caliph tu..
Dan jikalau saya dipilih menjadi fasilitator, saya exited kot..
Tapi sy bukan fasilitator, cuma runner & pembuat moduls..
Kehadiran sem 8 sebenarnya agak memalukan.. =.='
Saya merasa malu sebenarnya..
Saya tahu, projek di sekolah perlu dijalankan, kertas kerja perlu dibuat..
Sukan sekolah menjelang tiba..
Assignment bertimbun..
Ya, saya ponnn sem 8..

Kerena kesedaran itu, saya telah membuat kertas kerja untuk program di sekolah, dengan rela hati dan tak kisahnya sebab tidak mengharapkan orang lain melebihi harapan terhadap diri sendiri..
Entahlah..
Mungkin.. mungkin.. mungkin..
Terlalu banyak kemungkinan yang aku fikirkan untuk bersangka baik terhadap rakan-rakan yang rasanya macam menikam belakang badan.. uhuks..
Mungkin cara saya yang salah..
Uh, cara apa?
Kertas kerja sudah disiapkan, modul sudah diberi/disiapkan..
Cuma meminta tolong menjadi fasilitator sahaja pada hari kejadian..
Meminta menghadiri mesyuarat kerana kalau x hadir mesy, memang kita tak tahu xtvt apa yang bakal berlangsung..
=.='

Nangis..nangis..nangis..
Saya pon sem 8.. sob..sob.. =.='

OK-lah anis! bersangka baik..
Mereka cuma malas nak ke mesyuarat sbb mesy itu boring!! (selalunyalah kan mcm tu lah)
Tetapi mereka akan memberikan komitmen pada hari kejadian..
InsyaAllah.. =)
Mengharapkan yang sebegitu, hmm, mungkin juga seperti mengharapkan keajaiban berlaku..
Tapi, jgn putus asa ya anis!!

Cuma kasihan dengan Masul LDPI, aku sumpah nampak muka dia mcm nak nanges je.. huhu..
Dan dengan Pengerusi Asy-Syakirin, uhuk, kesian jugak..
Mungkin keputusan yang salah adalah melibatkan sem 8 dalam aktiviti ini..
Mungkin kot.. entah..
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan KPTI buat adik-adikku..
Sebab sy x de jugak pada pagi hari kejadian, sukan sekolah weih..
Ya Allah, mereka telah melakukan yang terbaik, bantulah mereka..

p/s:kagum dengan Kak Izma yang datang mesy walaupun x berapa nak jelas KPTI itu apa.. ya, komitmen itu penting kan.. walaupun tiada apa2 makna bagi kita, tapi setidaknya ia menguatkan yang lain, secara emosi..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU