Palestin.. u have my heart..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Minat aku dengan Palestin dah berkembang lama..
Sejak dari sekolah menengah..
Syukran diucapkan buat senior2 TAHAP yang tak jemu-jemu menghidangkan aku dan junior2 lain dengan doa2 buat Palestin serta video2 dan laungan pembakar semangat..
Teringat aku akan kata-kata Us Shaari..
'setiap org akan ada sesuatu yg menyebabkan adrenalin rush dalam dirinya, dan bg sy adalah Fateh..'
Ustaz.. bagi sy pulak adalah Palestin dan syahid..
Semua orang pun akan mati kan, why not mati dalam keadaan paling terhormat, iaitu syahid..
Subahanallah, cita2 sejak dulu lagi..

Dan mungkin juga aku dibentuk oleh apa yang aku lihat dan alami..
Dan semuanya aku yakin ada hikmah kenapa Allah taqdirkan sedemikian..
Antara cerita movie yang paling aku terkesan sewaktu zaman kanak-kanak adalah Braveheart..
Ditayangkan di TV3, aku terkesan sungguh tgk cerita tu, sehingga muncul rasa dalam diri aku untuk mencintai perjuangan..
Walaupun cerita tu merupakan citer omputeh, tapi semangat yang ditunjukkan, rasa yang dirasakan dalam filem tu, bersemangat sangat.. yup, totally adrenalin rush for me..
Dan kemudiannya aku mencari-cari cerita-cerita berbentuk perjuangan dan perperangan, pelik kan org pempuan suka tgk cerita mcm tu..
Tapi bg aku, dlm perjuangan & perperangan tu lah, cinta diangkat.. kepada siapa cinta itu sepatutnya..
Dan aku mulai melihat cerita seperti 300, gladiators, pearl harbour..
Yelah, cerita 300 amat merepek, dan aku rasa mcm dia mimicking orang Islam.. =.='
Dan pearl harbour x bnyak pun part perang2, bnyak part bercinta shja, hahah, aku layan jelah..

Aku pernah terfikir kenapa umat Islam tak banyak keluarkan movies pasal perang2 ni..
Pernah juga jumpa, tapi jalan ceritanya tak se-smooth dan kadang-kadang rasa itu tak dapat dihayati sepenuhnya.. =.='
Dan mungkin juga hal kos, jadi cerita-cerita berbentuk ini amat kurang dibuat oleh penerbit Islam..
Oho, org kata cerita kingdom of heaven itu mengikut fakta sejarah sebenar, hmm, nak kena carik ni nanti..

Aku juga bersyukur, aku mempunyai daya tahan lasak dan kesukaan yang ekstrim..
Suka jer nak naik kuda, memanah, dan perkara2 lasak2 yang lain..
Camping, survival bla2...
Suka sgt.. semoga kesukaan aku kepada perkara-perkara ini dapat membantu aku untuk terus memperkuatkan diri..

Masuk ke alam yang lebih matang, Kampus TEKNIK yang kusayangi ini..
Aku mulai lagi mencari adrenalin rush..
Namun, kehilangan punca, aku mulai menyukai hiburan yang membangkitkan adrenalin rush..
Sepertinya ke taman hiburan yg ade roller coaster, ke panggung wayang melihat cerita2 yg ada effect boom, bawak kereta laju2.. yelah, remaja kan? uhuks..
Jalan yang salah perlu juga ditempuhi untuk pembelajaran diri.. =.='
Dan bad habits die hard.. still sampai sekarang, aku masih suka melakukan xtvt2 tersebut.. huhu..

Sehingga pada suatu hari aku mengikuti usrah di Surau Asy-Syakirin, mas'ul lajnah TJN membentangkan mengenai Al-Fateh..
Subahanallah, aku amat tertarik mengenai cerita Al-Fateh..
Aku teringat kepada TAHAP yang aku sayangi..
Dan dari situ aku terus mencari..
Aku beli dan baca semula buku-buku mengenai perjuangan Islam..
Aku mulai berada di track yang betul..
Belajar mengenai sejarah..
Mujurlah Us Hazrizal yang aku kagumi juga amat suka menceritakan tentang Al-Fateh..
Aku terus attach, mengikuti perkembangan dan kuliah yang dilaksanakan..
Us Hazrizal juga mempunyai pemikiran yang unik, dan aku serasi sekali membaca mengenai penulisannya..
Mengaplikasikan Islam itu dalam dunia nyata, yakni sekarang, dunia moden ini..

Aku sudah lupa bila, tapi aku mendapat ajakan ke IPIS kerana terdapatnya ceramah Palestin di sana..
Puas aku cari sesiapa yang mahu untuk mengikuti, namun Allah x mengizinkan keadaan di mana aku ditemani..
Dan aku redah, ke kampus IPIS sendirian, dan aku tidak menyesal..
Mendengar ceramah Palestin dari Us Hasanuddin merupakan antara perkara terbaik yang aku alami di dunia dewasaku ini..
Aku tahu, dan aku dapat rasakan, Palestin itu mengalir di setiap darahku..
Aku rindukan Palestin..

Namun sebagai 'budak kecik' yang memang kecik pun..
Terkadang perimbangan dan keputusan aku salah..
Terkadang aku mengambil jalan yang sukar untuk belajar mengenai sesuatu..
Menjemput salah seorang sukarelawan Mavi Marmara ke kampus-ku bukanlah keputusan terbaik yang aku patut lakukan..
Aku harus lebih banyak research, dan mengambil speaker yang terbaik supaya roh jihadku terus hidup subur..
Tetapi malangnya keputusna aku yang tergesa-gesa itu, aku sedikit menyesal..
Tapi, masih ada kebaikan yang aku perolehi di situ.. uhuks~

Alhamdulillah, dan aku sekarang bernaung di bawah Aqsa Syarif..
InsyaAllah, akan aku laksanakan tugasan khalifah ini dengan segenap urat nadiku..
Penah dikenalkan dengan Pembina, dengan Ikram, namun hatiku lebih terpaut kepada Palestin dan perjuangannya, lalu aku putuskan untuk berdiri di dalam Aqsa Syarif..
Aku merindui Syahid, merindui Palestin..
Ya Allah, alangkah jika aku turut dapat merasai keadaan di sana..
Ya Allah, terima kasih, aku bersyukur kepadaMu kerana mempermudahkan jalanku untuk mencintai Palestin.. aku tahu aku terpilih..

Rasulullah SAW bersabda:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)



p/s : Hahs, nanti sy ceritakan mengenai perjalanan pergi dan pulang dari surau Al Ikhwan, perjalanan yang jauh..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU