Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
30 minit saat terakhir itulah yang paling lama aku rasakan sepanjang masa keluar..
Merabik semula carik yang telah cantum di hati bukan satu perkara yang aku sukai..
Ya, menafikan perasaan merupakan peranan yang pernah excellence pernah aku bintangi..
Dan aku bukan berbangga, aku cuma sakit dengannya..
Dengan menafikan, aku menjadi lebih tegas dengan rasa..
Memanglah bukan cara yang termudah, tapi itu satu-satunya cara tersingkat yang ada..
Menjadi lebih tabah dengan terpaksa, merubah perasaan semudahnya ia datang, mungkin ia hobi baru bagiku..
Tahniahlah! semoga CEMERLANG dengan keupayaan itu..
Kemudian terus-terusan terpenjara dalam kawasan sahara yang dicipta sendiri..
Berjalan dalam sahara itu ibarat merentas padang pasir yang tidak bertepi..
Kejam untuk melayan perasaan dan memusnahkan diri, namun lebih kejam jika menafikannya..
Mungkin aku alien dari kurun yang entah ke berapa..
Mungkin juga aku sudah tidak punyai sifat feminisme itu..
Yang sering membuat aku cemburu melihat yang lain memakai pakaian kebanggaan mereka itu..
Sudahlah kalian..
Biarkan aku menjerit dalam dunia yang aku cipta sendiri..
Sedang rasa meratap mahukan yang mampu mendengar..
Biarlah, kata hati.. Allah kan ada..
Dan jika cuma itu peganganku, ibarat tawakkal buta..
Ibarat menghampiri selekoh namun tidak mahu memutar stereng..
Bodoh kan?! DAN aku bukanlah orang yang berpegangan begitu..
Cara yang aku belajar ini, bukanlah pilihan hati..
Bukan juga yang mahu aku semaikan dalam diri..
Jadi sudah! berdikarilah dan hiduplah walau dicampakkan di manapun..
Dan aku tak kisah! ya, sungguh..
Sedalam mana luka yang pernah tercipta itu, sejauh mana rasa-rasa sakit yang pernah aku alami..
TERIMA kasih..
Kadang-kadang memang aku rasa nak tumbuk je kau kalau terjumpa..
Mungkin aku akan buat nanti!
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment