Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Baca Ummu Saif buat tajuk Usrah, tiba-tiba datang idea nak tulis pasal usrah juga.. =)
Usrah kami.. hanya disertai 6 orang gadis solehah, insyaAllah..
Usrah kami tidak besar, namun cukup kecil supaya kami dapat sentiasa mengekalkan rumpun ukhuwah dalam bulatan kecil itu..
Walaupun usrah kami jarang-jarang diadakan, kadang kala 1 bulan sekali, namun pengisian dan tempat usrah tersebut amat bermakna untuk kami kenang sehingga ke syurga.. =)
Dan seperti dalam usrah-usrah yang lain, kadang kala ketiadaan salah seorang dari ahli usrah amat mengecewakan namun ianya tetap dirindui oleh jemaah yang lain..
Namun begitu, kami sentiasa berusaha untuk mengumpulkan keenam-enam ahli usrah ini setiap kali perjumpaan usrah dibuat..
Sejarah :
Boleh aku katakan sejarah usrah ini bermula secara tidak sengaja.. apabila beberapa orang di antara kami memilih sahabat kesukaan.. contohnya saya amat mengaguni Umar Al-Khattab r.a.. lalu saya membahasakan diri sebagai zaujah Umar..
Dan antara lain zaujah Uthman.. zaujah Khalid.. =)
Dan kami akhirnya mengambil keputusan, why not kumpulkan zaujah-zaujah ini dan buat program?
Alhamdulillah keputusan disokong oleh semua ahli, dan bermula-lah projek usrah zaujah kami yang best..
Seperti kebanyakan hubungan yang lain, hubungan antara ahli usrah kami juga mempunyai turun naikknya..
Ada masanya kami berkongsi cerita bersama..
Ada masanya kami bertelagah sesama sendiri..
Ada masanya kami bergembira beraktiviti bersama..
Ada masanya kami bermasam muka akibat tidak difahami sesama sendiri..
Ada masanya kami menyambut kegembiraan dengan perayaan tertentu..
Dan ada masanya kami berselisih faham..
Sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula usrah kecil kami..
Namun sesuatu yang amat aku kagumi dalam usrah kami..
Setiap kali kami bertelagah, akhirnya kami kembali mencari persefahaman..
Walaupun terkadang masa yang mengambil tempat di situ..
Dan alhamdulillah, setiap kali sesudah sesuatu salah faham, kami dapati kami lebih rapat kerana hubungan ini adalah lillahitaala..
Antara aktiviti yang usrah zaujah telah laksanakan, alhamdulillah :
- sambutan birthday setiap ahli zaujah club..
- berkelah di air terjun (2,3 kali jugak lah)
- xtvt 2 hari 1 malam di ulu yam, selangor..
- jelajah masjid (antaranya masjid besi)
- ice skating
- memanah
Dan aktiviti yang bakal kami laksanakan, insyaAllah :
- kelab ZZ family day (insyaAllah bila semua dah stabil kewangan)
- bercuti sebelum habis maktab
- sambutan birtdhay seperti biasa..
- xtvt2 lain yang boleh difikirkan, menarik & mencabar..
Saya sayang semua ahli kelab zaujah..
=)
Kak Nurnazurah.. Nor Ain.. Sakinah.. Siti Nabilah.. Syamsiddar.. Anis Syazwani.
Ke jannah akhirnya, insyaAllah.. <3
A little life update?
6 years ago

1 kAtE-kAtE mErEkA:
ngeeee~
sejarah penubuhan tuuuu..
alhamdullilah =)
kena pilih satu tarikh untuk anniversary club!
hehehe
Post a Comment