Ikhtilat dalam Ramadhan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Apa itu ikhtilat..?
Ikhtilat : pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa mahram..
Contohnya : sewaktu berbincang dalam group pelajaran yg bercampur lelaki dan perempuan..

Antara langkah-langkah kecil yang boleh diambil sempena Ramadhan al-Mubarak ini..
Dan insyaAllah berterusanlah sampai bila-bila pun, dan bertambah baik lagi..
InsyaAllah.. =)

1. Setkan masa untuk mesej / call pada waktu yang sesuai..
As pada pukul 5-6 petang.. atau 3-4 petang..
Selesaikan segala tugasan berkaitan dengan 'mamat' berkenaan pada waktu tersebut..

2. Ambil jarak dalam semeter atau lebih tatkala berkomunikasi dengan 'mamat-mamat'..
OK, pandang tepi suara-suara manis anda semua ya gadis-gadis..
Bagi saya, bercakaplah secara tegas, tapi x yahlah garang sangat..
Lagipon 'mamat' tersebut bukanlah suami anda, yang nak manja2 sangat sampai cakap tak dengar tu kenapa?
Ok, dan kalau 'mamat' sengaja duduk di sebelah anda waktu kerja group, ada kaki kan?
Haha, maksudnya boleh bergerak ke satu jarak yang anda selesa..

"...Janganlah kamu melemah-gemalaikan suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab 33;32)

3. Banyakkan menundukkan pandangan daripada memandang mata 'mamat'..
Yelah, faham snagat kadang-kadang perkara tu serius gila...
Tapi bila ingat, haaa, terus tundukkan pandangan..
Jaga mata, jaga hati.. insyaAllah.. =)

4. Jangan berjalan seiringan dengan 'mamat'..
Sebaiknya berjalanlah di belakang 'mamat'..
Seeloknya bagi 'mamat' naik dulu tangga, baru-lah perempuan2 yang ayu ni naik..
Contohkan dah ada, Nabi Musa dan anak Nabi Syuaib.. =)

5. Tak perlu kot nak cerita apa-apa hal yang agak sensitif dan peribadi kepada 'mamat'
Cukup dengan urusan kerja.. kan?

6. Tak perlulah nak mengusha 'mamat' beriya sangat..
'mamat' tu bukan usha kita pun.. hahah.. =.='
Ye dok? =p

Sangat praktikal dilakukan di bulan Ramadhan kerana tiada godaan makhluk2 halus yang selalu membisikkan kejahatan kepada kita..
Cuba bayangkan kalau kita dah amalkan perkara ni selama sebulan, insyaAllah akan mudah pula pengamalannya pada masa-masa syaiton dah ada nanti..
Teguhkan hati! insyaAllah boleh..

Pesanan ini khas buat diri hamba yang hina.. dan sesuai juga buat saya ini.. kalau nak tiru, silakan.. =)

p/s: 'mamat-mamat' tu baik sebenarnya.. aku ni je ha, yang masih kurang baiknya di mata manusia, dan tidak aku ketahui darjatku di sisi-Nya.. sob..sob..sob..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU