Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, aku tidak sedikitpun merasa terkilan dan rugi walaupun tak dapat makan (siyes lapor) dan tidak mempunyai teman ke Khalifah Model School..
Kerana turn-out, class today is about history..
And came-out yang inilah merupakan kelas sejarah yang paling cool, best dan mantop sepanjang aku belajar sejarah!!
Dengan penuh tumpuan, penghayatan, perasaan dan seriusnya aku selama 2 jam tersebut..
Ok-lah, sedikit notes kecil-simple-mudah-ringkas yang sempat dicedok dari lautan ilmu yang diperolehi..
(ayat romantis + beremosi bak kata us Hasrizal)
Aisyah r.a. pernah bermimpi bahawa 3 bulan jatuh ke ribanya..
Dan ayahanda Aisyah, Abu Bakr mempunyai kebolehan dalam mentadbir mimpi mengatakan kepada anaknya bahawa akan ada 3 insan mulia yang akan disemadikan di dalam kamar tidur Aisyah..
Kenyataan apabila Rasulullah sallallahualaihiwasallam wafat dan dikebumikan di kamar tidur Aisyah..
Abu Bakr menyebut bahawa Rasulullah-lah bulan yang terutama sekali..
Seterusnya bulan tersebut adalah Abu Bakr sendiri dan Umar Al-Khattab..
Dan Aisyah tidak pernah membuka auratnya di dalam kamar tidurnya apabila Umar disemadikan di tempat tersebut kerana rasa malunya yang tinggi..
Antara 2 perkara yang perlu di-point dalam pencarian maklumat & fakta dalam Islam & Sirahnya :
- Cari fakta yang SAHIH
- Fakta harus match dengan kebiasaan, tidak pelik & ajaib. (konsisten dengan pattern)
Uthman pernah bermimpi bahawa Rasulullah, Abu Bakr dan Umar melambai/memanggilnya dari Bukit Uhud dan beliau merasakan itu adalah petanda kewafatannya..
Lalu Uthman bertahahajjud, berpuasa dan membaca Al-Quran sepanjang hari..
Darah Uthman menitik pada ayat terakhir yang dibacanya sebelum menghembuskan nafas terakhir setelah ditetak oleh pemberontak..
Antara periwayat SYIAH yang berdusta (please take note & jgn ambil dr orang ini) :
-Abu Mikhnaf Lut bin Yahya
-Hisham bin Muhammad bin as-Saib al-Kalbi
-Jabir bin Yazid al-Ju'fi
Antara punca kejatuhan Era Abbas (133H - 656H)
1. Jihad ditinggalkan.
2. Amar maaruf nahi mungkar ditinggalkan.
3. Ulama' jahat mendampingi pemerintah.
4. Khilaf pada perkara yang sia-sia.
5. Kealpaan dan tenggelam dalam keseronokan dunia.
Pesanan Ibn-Khaldun sewaktu kita membaca sirah :
Sentiasa gunakan instinct - jgn abaikan keraguan yang timbul, sila tandakan & rujuk semula..
Subahanallah, banyak lagi sebenarnya..
Tapi..
InsyaAllah lain masa, lain pengolahan..
Sedikit dari saya, semoga bermanfaat..
=)
A little life update?
7 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment