Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Apabila umur dah mencecah 20-an, maka akan terdengarlah bisikan dan nyanyian dari ibu bapa, saudara mara, adik beradik, kengkawan mengenai soalan : weh, kau bila nak kawen?
Ahah, serius seseorang tu amat rugi bila dia kata taknak kawen.. adeke orang mcm tu?
Tapi saya, insyaAllah, menyokong perkahwinan muda yang disertai dengan syariat.. bukan kawen muda sbb cintan-cintun, uhuh, roll jelah..
Jadi, kenapa saya nak kawen?
1.0 Sebab syurga itu best..
Macam tak menjawab soalan kan.. tapi inilah jawapannya..
Dengan kahwen, seorang pemuda itu telah melengkap sebahagian agamanya, jadi, bukankah lebih mudah untuk ke syurga dengan berkahwin..? kan? logik kan..
Dan dengan tidak berkahwen, kita dah kekurangan sebahagian agama, lagipon manusia semua ada nafsu, nanti duk usha-usha orang, ish3.. kalau kawen kan semua tu dah terjaga..
Saya juga nak ke syurga dengan encik suami nanti, baru best jadi ketua bidadari untuk encik suami.. =)
2.0 Menjadi lebih baik
Kenapa dengan kawen kita boleh jadi lebih baik?
Memang opcoz lah kan.. bila kita dah kawen, kita dah x payah usha-usha sesiapa dah, dah boleh jaga hati dan pandangan..
Seterusnya kita boleh menegur pasangan dan pasangan menegur kita, haaa, sebab kita chentakan Allah dan chentakan suami kita, kita pun follow lah cakap dia.. kan dah jadi lebih baik mcm tu kan?
Ada orang untuk mengingatkan.. ada orang yang sama-sama nak buat kebaikan.. ada orang yang sama-sama dapat gerak tahajjud.. hoiyoh, heaven! =)
Tapi, kalau kawen dengan orang yang tak semenggah, tegur pun tak jalan, doh guane nak jadi baiknya kan?
Kalau mcm tu, baik takyah kawen jelah..
Kawen ntuk jadi lebih baik, bukan sebaliknya.. set niat kene betul ye..
3.0 Dapat anak yang soleh dan solehah
Hoiyoh ini part best.. siapa yang taknak anak?
Ehem, ehem.. semenjak baca beberapa buku cerita dan series dua tiga tahun lepas, saya dah mula meroyan nak kawen, sebab nak dapat anak..
Seseorang dari darah daging kita..
Ya Allah, bestnya ada anak kan? =)
Pastu nak didik elok-elok supaya menjadi pejuang agama.. tak sia-sia hidup dengan mempunyai anak sebagai seorang pejuang agama!
4.0 Boleh nak bermanja-manjaan dengan halalnya
Memang tak dinafikan kadang-kadang telinga saya amat panas mendengar seorang muslimah menggedik-gedik dan bercakap dengan penuh sopan dan ayunya terhadap seorang lelaki yang bukan mahramnya, mungkin calling dengan pakwenye, mungkin kemalu-maluan dengan tunangnya..
Tapi heiii!!! tu bukan suami kau yang nak gedik-gedik apehal? hoiyoh.. bikin panas sahaja... =.='
OK tak suka..!
Tapi bila dah kawen, sukahatilah nak mengiau mcm kucing manja depan suami pun takpe kan..
Lagipun fitrah manusia itu nak disayangi dan menyayangi, dan kita buat dengan cara yang halal..
Kan terbaik tu? =)
Err, cukuplah kot 4 point buat masa sekarang..
Semoga Allah memperkenankan permintaan hambanya yang ingin menjadi lebih baik ini..
InsyaAllah..
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment