Terima kasih.. =)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Engkau tiba bagaikan seorang pelindung yang datang dengan senyuman..
Ya, dengan tarbiahmu, dengan segala tazkirah yang dikau berikan..
Aku bersyukur pernah dipertemukan denganmu, walau cuma seketika..
Walau cuma sedetik, seketika kita berbicara..
Engkau menjadikanku rindu pada Al-Quds, kota suci itu, qiblat pertama itu..
Keprihatinanmu menjentik hatiku, menjadikanku tenang sendirian..
Walau tiada yang mempercayai diri..
Walau tiada yang mengetahui..
Dan engkau tiba-tiba hilang, namun apalah bezanya pada aku yang jauh ini..
Engkau tetap berada di dalam satu martabat di hatiku..
Dan aku pasti di sisi Allah, tempatmu tinggi..

Seandainya engkau tahu tika aku menjadikan kau idolaku..
Pada saatnya engkau memanggil namaku..
Ya, kita tidak pernah berbicara..
Namun, dalam diam yang ku simpan itu, ada rasa untuk mengikutimu..
Menjadikanku cinta pada Al-Quran..
Membuatkan aku bertalaqqi sendirian, tanpa jemu..
Melihatmu dari jauh, mencontohimu dari jauh, cukuplah buatku..
Biar kenyataannya tidak pernah indah, dunia kan sentiasa begitu..
Dan tika sebelum aku sedari, rasa itu telah terpisahkan..
Oh biarlah, bukan rasa yang mengikat kita..
Tidak pernah pun, cuma mampu mencontohimu, biarpun engkau tidak sesempurna mana..

Andai waktu bisa diputar, ya, seandainya, aku mahu merasai apa yang dikau rasakan..
Sebagai teman berbicara, engkau peka dengan kemahuan dan akal fikiranku..
Membuat aku selalu bersetuju denganmu..
Teguran kecil, jua celoteh dan kegiranganmu, terkadang mengusik hatiku..
Ada sifat yang aku pelajari darimu..
Tidak pernah merasa jemu melakukan sesuatu..
Tanpa dipaksa, tanpa dipinta, biarlah ikhlas, terus bersahaja..
Aku memperhatikanmu, jauh setelah itu..
Bukan masa yang mempertemukan kita..
Bukan jua kehendak diri kita..
Kerana taqdir ada kisahnya..

Terima kasih Ya Allah..
Mempertemukan aku dengan insan-insan yang ternyata mengubah persepsiku mengenai sesuatu..
Menjadikan diriku sebegini pada ketika ini..
Seandainya ada luka yang terbina, semuanya adalah dariku..
Hikmah Allah itu terlalu besar untuk aku dalami..
Tersirat 1001 pengajaran yang berharga..
Setiap saat masa dan ketika, aku menjadi aku kerana beberapa insan yang bukan siapa-siapa pun dalam hidupku..
Aku menjadi aku kerana Allah menetapkan aku sebegini..

Terima Kasih Ya Allah..
Sakit tidak seberapa..
Hikmah dan petunjuk Mu berharga selamanya..
Tangisku berpada atas kesakitan itu..
Namun tangisku dalam kesyukuran, aku lebih mengharapkannya..
Terima Kasih Ya Allah..

Alhamdulillah..


0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU